Sponsor atau tajaan atau sediaan makanan percuma
kepada masyarakat umum tanpa mengira latar belakang dan pegangan agama semakin
mendapat tempat di kalangan individu dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memberi
pelbagai juadah makanan samaada makanan pagi, makanan petang, makanan malam
atau makanan dengan sebab berpuasa merangkumi
pelbagai jenis makanan yang mengenyangkan seperti nasi berserta lauk-pauk, kuih
atau bihun goreng juga pemberian
aneka juadah seperti nasi kerabu, nasi berlauk, nasi minyak, pelbagai masakan
mi atau bihun bersama-sama kuih dan air itu dilakukan atas niat bersedekah.
Tajaan atau
sponsor atau pemberian percuma adalah
sedekah dan dituntut oleh agama Islam agar sentiasa melaksanakan sebagai tanda
ketaatan dan ikhlas kepada illahi.
Makna sedekah memang
sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah S.W.T ,
sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an. Di antaranya
adalah :-
Wahai orang-orang
yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan
membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal
sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada
manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah
di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih
licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir
dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang
mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum
yang kafir. (Surah Al-Baqarah : ayat 264) [1]
Tidak ada kebaikan
pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang
menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara
manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah,
tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.(Surah An-Nisaa’ : ayat 114) [2]
Sesungguhnya
sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang
miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan
hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang
yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang
musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu
ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Surah
At-Taubah : ayat 60) [3].
Contoh atau bukti keikhlasan anggota masyarakat mengagihkan makanan percuma sering mendapat perhatian dan di tunggui terutama tidak melibatkan sebarang urusniaga jualbeli melainkan pemberian percuma untuk mengisi kekosongan perut yang memerlukannya.
CONTOH I : Program ‘Rice
& Roses’ Beri Makanan Percuma
Program
kelolaan Pertubuhan Masyarakat Madani Malaysia (MIM Bersaudara) Pulau Pinang
CONTOH II : Dapor Jalanan Kuala Lumpur
Siswazah
berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mastura
Mohd Rashid memberi makan dan membantu
mereka yang kurang bernasib baik
CONTOH III: ‘Oh Yes, It’s a free ramadhan food’
Datuk
Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar sebagai peguam di Mahkamah Kuantan,
Pahang meneruskan tradisi pemberian aneka juadah seperti nasi kerabu, nasi
berlauk, nasi minyak, pelbagai masakan mi atau bihun bersama-sama kuih dan air
itu dilakukan atas niat bersedekah dan akan diteruskan
CONTOH
IV : Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaysia Sabah
(UMS) menyediakan makanan tengahari percuma kepada mahasiswa di Masjid UMS
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda
yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya
melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah
mengangkatnya." (Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)
Marilah kita sama –sama meneruSkan tradisi memberi bantuan
makanan kepada mereka yang memerlukannya. Walaupun makanan diberikan itu hanya
sebekas air minuman atau sekeping roti atau sesuap nasi mengikut kemampuan penderma tetapi jika dilakukan dengan ikhlas
insya Allah pasti ada penderma itu bakal mendapat habuannnya di dunia dan di
akhirat.
Jika anda simpati dan ingin bersama-sama untuk menderma atau
menaja program pemberian makanan seharian kepada pelbagai pihak yang memerlukannya…anda
boleh melakukannya menerusi mengirim sumbangan anda berupa wang tunai atau
tenaga atau barangan makanan kepada individu atau pertubuhan bukan kerajaan
atau masjid atau sekolah agama yang memerlukan
sokongan anda dan bantuan anda.
…JIKA ANDA MENGIRA PEMBERIAN DIBERIKAN ITU ADALAH KECIL…..TETAPI SEDARLAH BETAPA NILAINYA ADALAH BESAR KEPADA MEREKA MENERIMANYA….DAN GANJARAN INSYA ALLAH DIBERI OLEH ALLAH SWT YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

